Left Logo Right Logo

KREDIT KOMUNITI
KEMENTERIAN KEWANGAN NEGERI SABAH

Right Logo

LATAR BELAKANG



Lesen Pemberi Pinjam Wang dan Permit Iklan dikeluarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang (Kawalan & Perlesenan) 1951.

Mula berkembang sejak Kerajaan British memperkenalkan Moneylenders Bill 1951 atau yang dikenali sekarang sebagai Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (APW) atau Akta 400 yang masih berkuatkuasa sehingga kini.

Kementerian Perumahan Tempatan (KPKT) telah menjenamakan semula Syarikat Pemberi Pinjaman Wang (PPW) berlesen sebagai Kredit Komuniti (KK) pada 05 April 2019. Penjenamaan ini akan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan mereka sebagai pemberi pinjam wang yang sah.

Urusan permohonan lesen Pemberi Pinjam Wang (PPW) di Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Akaun telah bermula sejak lapan (8) tahun yang lalu. Sebelum ini, PPW adalah di bawah seliaan Bahagian Pengawasan Agensi Awam dan Pelaburan (PAP). Maksud Pemberi Pinjam Wang (PPW) adalah Khidmat Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang dijalankan oleh syarikat pemberi pinjam wang yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Peratus faedah yang dikenakan ke atas pinjaman yang dibuat :
- Bercagar 12% setahun
- Tidak bercagar 18% setahun

Modal berbayar yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan Kredit Komuniti berlesen adalah RM 1 juta dan setiap transaksi pinjaman wang hanya boleh dilakukan di alamat premis yang diluluskan.

Peruntukan Undang-Undang di bawah PPW/KK ialah seperti berikut :

i. Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 [Akta 400]
ii. Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Pengkompaunan Kesalahan) (Pindaan) 2018
iii. Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003
iv. Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Pengkompaunan Kesalahan) 2003
Mana-mana Undang-Undang Kecil, Dasar dan Perundangan Yang Berkaitan, Garis Panduan, Pekeliling, Peraturan yang diguna pakai dari semasa ke semasa.